Monday, November 11, 2013

Perasaan

Semua orang mempunyai perasaan. Dalam hidup kita , perasaan adalah peranan yang amat penting. Perasaan lah membuat kita bangkit dan juga membuat kita jatuh. Kita tidak boleh tipu dengan perasaan kita sendiri sebab nanti kita sendiri yang merana. Bila kita bicara tentang perasaan bermacam-macam jenis perasaan manusia ada. Kita rasa takut , marah , kosong dan sebagainya. Semua orang pernah rasa begitu. Bagai nak gila bukan? Saya sendiri masih meragui dengan perasaan saya. Saya kecewa, marah , gembira dan takut dengan hidup saya. Perasaan juga mempunyai rasa cinta dan sayang. Cinta? Sayang? Makna berbeza. Kita boleh sayang semua orang. Tetapi kita tidak boleh cinta semua orang. Cinta pertama kita yang pasti ialah "Allah" . Itu yang pasti. Tapi macammana nak cinta kepada orang lain kalau cinta kepada allah tak cukupi? Saya pun hanya manusia biasa . Kesilapan adalah normal untuk manusia. Kerana kesilapan adalah pelajaran. Saya pernah jatuh cinta baru baru ini. Saya tidak berhubungan dengan dia , cuma orang kata "crush" . Mungkin saya bertepuk sebelah tangan namun saya tak rasa kecewa dan marah. Sebab perasaan ini tuhan yang beri . Mungkin tuhan mahu menduga tetapi apapun jika takdir , saya terima. Kalau tidak itu bukan jodoh :) . Walaupun rasa hampa , saya tetap bersyukur kerana ini lah pertama kali perasaan saya begitu kuat. Dan pertama kali saya susah untuk "move on" . Walau apapun saya rasa dia layak untuk terima yang lebih baik dari saya. Kadang-kadang saya rasa saya sendiri. Tetapi saya lupa orang-orang yang menghargai dan sayang saya. Buat apa nak buang masa untuk orang tak pernah menghargai , betul tak? Apapun ingat pada yang Satu dan hormat.

No comments:

Post a Comment