Pelbagai soalan dipermainkan
Kurang keyakinan diri
Mempersalahkan diri sendiri
Tiada yang tahu
Biarlah ia jadi rahsia
Sedalam mana pun
Hanya aku yang tahu
Kekadang ku tak dapat menguasai cakapan ku
Aku marah dengan diri ku sendiri
Kekadang ku rasa jengkel terhadap diriku
Fikiran negatif mula menguasaiku
Mungkin aku terlampau terjaga diriku
Mungkin aku masih belum selesa untuk menunjuk diriku sebenar
Seperti ada penghalang untuk buat sedemikian
Mungkin kerana sejarah silam ku
Aku rasa bersalah
Menghargai orang yang tidak pernah hargaiku
Aku lalai kepada orang yang benar-benar menghargaiku
Tidak , ku tidak salahkan mereka
Hanya aku ..........
Berkali ku nyatakan pada diriku
Namun tidak sampai hati ku buat demikian
Tapi sebaliknya apa yang ku dapat?
Hati yang terluka
Mencari pengubat lukaku?
Tidak semudah itu.
Aku tidak faham , mengapa dan kenapa?
Tidak pernah kah kau sedar?
Tidak tidak tidak .
Bukan salah kamu .
Hanya aku ....
Mungkin aku perasan
Sebuah perkataan "Mungkin"
Menguasai minda ku