Kau istimewa bagiku
layanan mu membuat aku jatuh cinta
ku tak mahu hidup di gelombang dosa
namun ku tak rela melepaskan mu
sejak awal kita tidak patut bersama
terlalu mengikut nafsu dan perasaan
yang haram ku turuti jua
ku fikir ku takkan terjebak begitu dalam
namun semakin lama semakin sukar ku ingin melepaskannya
salah siapa kah ?
aku atau si dia... ataupun kita?
niat di hati ingin berkawan
semakin lama semakin rapat
ku fikir hubungan ini hanya kawan rapat sahaja
namun tidak dapatku nafikan lagi
perasaan ku mula berubah
hatiku berbunga dan bahagia melihat dan berbual si dia
mungkin dimata orang lain tidak seindah
namun apa yang dapat ku rasa ketulasan dan keikhlasan di hati
tiada lelaki yang pernah melayani dan menghargai ku seperti ini
dia lah.. dia lah yang membuat ku mengenali cinta sebenarnya
namun ku harus kembali ke realiti
aku dan dia tidak dapat bersama buat selamanya
seksanya jiwa ini , perit nya hati ini
mungkin tuhan ingin mengujiku
ku angkur dengan suratannya
ku harap kita boleh menjadi sahabat.
mungkin tuhan belum mempertemukan jodoh ku
ku harap kau mengerti
apa yang dilarang tidak harus kita melanggar
ku doakan kau terbaik
satu hari nanti ku ingin melihatmu di pelamin
dengan seseorang yg dapat menerima mu seadanya
yang halal bagimu dan juga yang memahami dirimu
maafkan aku sahabat , niat dihati ingin menukar persepsimu
agar kau dapat kembali ke jalan yang benar
namun aku hanya insan biasa
iman ku tidak begitu kuat
aku tewas dengan perasaan ini
ku harap nanti kau akan sedar
niat tulus suci ini
aku akan tetap berada disimu
No comments:
Post a Comment